Ustaz Hasan Basri dedah PAS bukan lagi pejuang ISLAM.

image

Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Ustaz Hasan Basri telah mengadakan ceramah di Sg Isap Damai Kuantan baru-baru ini mendedahkan kemelut yang berlaku didalam parti yang selama 25 tahun menjadi denyut nadi beliau.

Ustaz Hasan Basri menyatakan bahawa menentang PAS bukan bermakna kita menentang ISLAM kerana PAS itu bukan ISLAM dan ISLAM itu bukan PAS. PAS tidak lagi memperjuangkan ISLAM seperti dahulu. Kini PAS hanya mempunyai satu sahaja matlamat iaitu Putrajaya, ISLAM bukan lagi menjadi matlamat dan perjuangan PAS. Menurut Ustaz Hasan lagi, kini tiada apa yang boleh dibanggakan didalam PAS. Tiada lagi kepimpinan ulama kerana golongan-golongan ulama didalam PAS telah disisihkan dan digantikan oleh golongan-golongan parasit yang menjadi musuh didalam selimut.

Jelasnya lagi, kepimpinan PAS sanggup mengenepikan ISLAM semata-mata kerana tamak dan rakus untuk ke Putrajaya. Jika dahulu PAS konsisten dengan perjuangan menegakan syiar ISLAM namun kini semuanya tinggal laungan sahaja. PAS juga sanggup menjadi barua kepada DAP yang jelas menjadi musuh ISLAM.

Didalam ceamah PAS tiada lagi ayat-ayat Al Quran disebut sebaliknya makian dan cacian tanpa henti dilontarkan. Penceramah-penceramah PAS kini bukan lagi dari golongan ulama tetapi golongan artis seperti Abby Abadi, Bob Lokman, Leman Rajalawak dan lain-lain. Adakah mereka ini lebih tinggi darjat mereka daripada para-para ulama didalam PAS?

Ustaz Hasan juga menyatakan kesediah beliau terhadap PAS yang menolak usaha kearah penubuhan Kerajaan Perpaduan seperti yang diluluskan didalam Dewan Syura Ulama PAS. Mereka sanggup bersekongkol dengan DAP tetapi tidak dengan UMNO yang jelas dari bangsa yang sama, agama yang sama, kiblat yang sama, mempunyai tuhan dan rasul yang sama. Apakah DAP lebih mulia dari UMNO?

Kesan terhadap kecelaruan PAS amat besar sekali, ISLAM dihina dan diperlekehkan oleh DAP. Isu kalimah ALLAH jelas menjadi titik tolak kepada kemusnahkan agenda perjuangan ISLAM didalam PAS. Pemimpin PAS yang memperjuangkan ISLAM telah diketepikan dan ada yang telah dipecat kerana tekanan dari DAP. Ustaz Hasan memberi contoh pemecatan Dato Dr Hassan Ali yang dipecat hanya kerana beliau mempertahankan aqidah umat ISLAM.

Ustaz Nasaruddin Mat Isa juga salah seorang dari mangsa agende tersembunyi DAP untuk memusnahkan perjuangan ISLAM didalam PAS. Tiada apa yang boleh diharapkan lagi pada PAS bila parti ini mengenepikan agama kerana mengejar Putrajaya.

PAS kini telah jauh tersimpang dari perjuangan asal mereka. UMNO dicaci dan dihina, perpaduan umat ISLAM dihancurkan oleh mereka kerana mengikut kehendak DAP. Penghinaan terbesar DAP terhadap ISLAM bila Karpal Singh menuntut agar Majlis Syura mengenepikan keputusan melarang penggunaan kalimah ALLAH didalam bible bahasa Melayu.

Ustaz Hasan juga mengkritik tindakan Mursyidul Am PAS Nik Aziz yang tidak konsisten dan sentiasa berubah-ubah pendiriannya. Kini PAS tidak mampu lagi untuk meletakan ISLAM sebagai agenda perjuangan mereka.

Terlampau banyak kepincangan didalam PAS kini, walaupun mereka mengelarkan parti ini sebagai parti ISLAM tetapi tindak tanduk mereka tidak lagi selari dengan perjuangan ISLAM yang dituntut oleh Al Quran.

Dalam ceramah beliau, Ustaz Hasan yang juga masih ahli PAS menyeru agan pada PRU 13 ini PAS wajib ditolak. Pastikan Pakatan Rakyat tewas demi memelihara ISLAM dan bangsa Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: