Larangan mengunakan kalimah ALLAH, ada pemimpin PAS yang buta hati

Majlis Syura Ulama PAS telah sebulat suara memutuskan penggunaan kalimah Allah tetap dilarang dalam mana-mana kitab agama bukan Islam. Tetapi malangnya ada juga dikalangan pemimpin PAS yang tidak senang dengan keputusan itu.

Jelas sekali ini menunjukan ada pepercahan dikalangan kepimpinan PAS. Ada kelompok-kelompok pemimpin PAS yang masih lagi mahu membenarkan kalimah ALLAH digunakan didalam bible.

Kelompok-kelompok yang dimaksudkan ialah kelompok pemimpin PAS yang digelar ANWARINAS. Inilah golongan pemimpin PAS yang telah mengadai maruah ISLAM semata-mata mahu meletakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ketika mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS tempoh hari keputusan telah dicapai sebulat suara untuk terus melarang pengunaan kalimah ALLAH didalam mana-mana kitab agama bukan ISLAM.

Majlis Syura Ulama PAS juga menetapkan bahawa “Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan kedalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini”.

Oleh kerana itu menterjemahkan kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata. Oleh itu ia hendaklah dicegah

Ini aadalah keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan ianya amat jelas dan nyata, tiada perlulah dipertikaikan lagi. Bukan hanya Majlis Syura Ulama PAS, Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah menetapkan larang pengunaan kalimah ALLAH didalam mana-mana kitab bukan ISLAM.

Namun didalam keghairahan kelompok pemimpin PAS yang ingin meletakan  Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri larangan ini tidak langsung mereka turuti. Diantara mereka ialah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Khalid Samad masih lagi terus menegaskan bahawa kalimah ALLAH boleh dan tidak salah digunakan oleh agama lain sekaligus membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama partinya sendiri. Agak menghairankan mengapa Khalid Samad beria-ria sangat ingin membenarkan kalimah ALLAH digunakan didalam bible berbahas Melayu.

Apakah agenda tersirat beliau sehingga sanggup mengenepikan keputusan Ulama didalam PAS sendiri?

Jika dikaji tiada sebab untuk Khalid Samad membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS kecuali beliau mempunyai agenda tersendiri. Inilah satu persoalan yang harus dijawab sendiri oleh ahli parlimen Shah Alam ini.

Jika beginilah sikap pemimpin PAS yang kononnya begitu lantang memperjuangkan ISLAM tetapi dalam masa yang sama sanggup mengadaikan maruah ISLAM tiada pilihan lain untuk rakyat Malaysia lagi kecuali menolak seluruh kepimpinan PAS pada PRU yang akan datang.

Jika dikalangan kepimpinan PAS sendiri kita dapat lihat pepercahan mana mungkin mereka boleh menjadi satu kerajaan yang effektif dan kerajaan yang  boleh dipercayai untuk menjamin masa depan negara dan rakyat Malaysia.

Justeru, rakyat Malaysia seharusnya sudah dapat gambaran jelas kepincangan didalam pakatan pembangkang dan rasanya makin mudah rakyat Malaysia membuat keputusan pada PRU -13 nanti.

Tiada parti lain yang mampu mempertahankan agama suci ALLAH kecuali UMNO dan Barisan Nasional.

Demi Agama, Bangsa dan Negara marilah kita pastikan mandat penuh kepada Barisan Nasional dibawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Razak untuk terus meneraju MALAYSIA.

UNDILAH BARISAN NASIONAL!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: