Kenapa PAS Bagi Tanah Kepada DAP?

isu-tanah-kelantan

 

Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluan 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.

Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipin sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.

Untuk baki selam 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunyan Nga Kor Ming melalui syarikat swasta Upaya Padu Sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.

Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri Kelantan sehinggakan keutamaan pajakan tanah dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untukmenambah baik taraf kehidupan rakyat marhean negeri ini langsung tak kelihatan.

Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jike diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri.

Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawangenuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik.

Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar  Perak tidak berapa lama dulu, bukanbegini caranya.

Cukup-cukuplah beribu ekar tanah diPerak diluluskan hak milik tanah 999 tanah disana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi diberi habuan tanah pajakan berpuluh tahun diKelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.

Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah selua 10 ekar tiap-tiap keluarga.

Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang pasti akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat  kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.

Lebih menyakitkan hati rakyat bilamana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat diawal dekad 1960an dan 1970an dulu dimana hasil bumi negeri dilebih 300,00 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.

Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA diserata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajakkepada Cina DAP atau Cina Singapura seandainay PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dangan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.

Dari timur ke barat, dari utara ke selatan Kelantan disetiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?

Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.

Jika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan manusia haprak sahaja usahlah menangis tak berlagu bila PRU13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: