Bantuan rumah baru buat 46 keluarga mangsa banjir, Terima Kasih BN.

Dato' Suffian Awang (KP UMNO Ktn), Dato' Noorul Ainur (KSU Kem. Pembangunan Wanita) dan YB Chang Hong Seong (ADUN Teruntum)

Dato’ Suffian Awang (KP UMNO Ktn), Dato’ Noorul Ainur (KSU Kem. Pembangunan Wanita) dan YB Chang Hong Seong (ADUN Teruntum)

Sejumlah 46 buah keluarga mangsa banjir kilat di Kampung Sungai Galing dekat sini menemui harapan baru apabila kerajaan negeri akan memindahkan mereka ke kediaman baharu bermula Mac tahun depan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Teruntum, Datuk Chang Hong Seong berkata mereka akan dipindahkan berikutan kawasan berkenaan kerap dinaiki air apabila berlakunya banjir kilat dan keadaan rumah yang usang.

“Mereka akan dipindahkan ke kawasan Perumahan Pak Mahat di Tanjung Lumpur selewat-lewatnya bulan Mac tahun depan.

“Jadi sementara tu, kalau rumah yang teruk sangat, kita akan tempatkan mereka di rumah sewa atau rumah jiran berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman mangsa berkenaan hari ini.

Tinjauan hari ini mendapati kebanyakan rumah di kawasan tersebut dicemari sampah sarap, mengalami kerosakan yang agak teruk dan terdapat beberapa buah rumah yang sudah berusia lebih 40 tahun dilihat hampir roboh selepas dinaiki air sedalam dua meter.

Kebanyakan daripada mangsa banjir di kawasan itu kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Galing.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Ketua Pemuda Umno Kuantan, Datuk Suffian Awang.

Dalam pada itu, mangsa Lijah Othman berasa bersyukur dengan bantuan kediaman baharu yang akan diberikan kerajaan setelah rumahnya hampir musnah ekoran banjir kilat yang melanda bandar Kuantan kelmarin.

“Saya juga nak merayu bantuan baju sekolah, kasut sekolah untuk anak-anak saya serta sikit bantuan untuk membeli periuk belanga dah punah habis,” katanya sedih.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: