Wadah Perjuangan Pemuda UMNO Kuantan.

Assalamualaikum w.b.t,

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Syukur kehadrat ALLAH swt diatas limpah kurnia NYA, kini kami PERGERAKAN PEMUDA UMNO Kuantan melancarkan blog rasmi kami yang akan dikenali sebagai UTUSAN PEMUDA KUANTAN.

Blog Utusan Pemuda ini akan memaparkan perjalanan kami sebagai Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat secara umumnya dan membawa suara anak-anak muda secara amnya.

Dengan penerbitan Utusan Pemuda ini dapatlah kami menyampaikan aspirasi anak-anak muda terus ke pucuk pimpinan negara. Kami berharap juga agar Utusan Pemuda ini menjadi jambatan antara kepimpinan UMNO dan masyarakat.

Utusan Pemuda juga akan menyampaikan mesej kerajaan secara terus kepada masyarakat dan menerangkan agenda kerajaan dalam kita menuju kearah negara maju 2020. Justeru Utusan Pemuda akan bertindak sebagai penyampai maklumat terkini dan secara terpeinci setiap perancangan dan agenda negara.

Mendukung agenda transformasi nasional, Utusan Pemuda akan menjadi wadah perjuangan kami sebagai Pemuda UMNO Bahagian Kuantan. Menjelang pilihanraya umum ke 13 ini, Utusan Pemuda akan cuba memberikan maklumat terkini kepada masyarakat dan ianya juga akan menjadi salah satu dari jentera Pemuda UMNO Kuantan dalam berdepan dengan pihak pembangkang.

Marilah memberi sokongan kepada usaha kami untuk membawa suara rakyat agar terus didengari oleh kepimpinan negara.

One Response to “Wadah Perjuangan Pemuda UMNO Kuantan.”

  1. Teruskan momentum perkukuhkan jentera bergerak dalam 1pasukan bersatu kita teguh bercerai kita roboh! Lihat2 jua insan yg bnyk membantu jgn ianya terus mmendam rasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: