Konon Tolak PRU 13 Tapi Semua Pemimpin Pembangkang Angkat Sumpah

Posted in Uncategorized on May 16, 2013 by pemudakuantan

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Razali Ibrahim melihat apa yang dilakukan oleh parti pembangkang hari ini hanyalah untuk membangkitkan emosi serta cuba mengubat kekecewaan penyokong mereka yang ternyata terpedaya dengan pelbagai slogan sebelum ini kononnya mampu merampas pentadbiran Putrajaya dari BN.

Justeru beliau tidak terkejut jika pemimpin pembangkang ini akan turut serta pada majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen yang akan diadakan dalam tempoh masa terdekat ini.

“Apa yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-13 ini, mereka hanya bertujuan untuk menutup kekecewaan. Kita pun dah tahu banyak kali benda yang disebutkan mereka itu tidak masuk akal dan kita nak layan pun buang masa kita sahaja.

“Penyokong tegas mereka akan terus menyokong  namun dari segi majoriti rakyat saya percaya majoriti faham apa yang sedang berlaku. Sebab itu saya tidak terkejut apabila kita angkat sumpah nanti mereka pun akan ada. Takkan dipersoalkan sebab ini sistem yang kita guna,” katanya kepada Media UMNO di sini.

Tegas beliau semua pihak perlu bergerak ke depan dan redha dengan keputusan yang telah dilaksanakan oleh rakyat.

“Jadi kita tidak perlu buang masa dengan apa yang dibangkitkan kerana ini yang mereka mahu. Lagi lama perkara ini berpanjangan lagi lama hayat mereka. Pada saya kita harus bergerak ke depan kerana pada saya kita kena terima hakikat pilihan raya kali ini dilangsungkan dengan baik. Pada saya pilihan raya kali ini cukup telus dan cukup baik malahan kita patut beri tahniah kepada SPR dan pegawai serta penguatkuasa.

“Kedua dalam keadaan pilihan raya dilangsungkan dengan mengikut peraturan negara, BN  menang di Parlimen dan merampas balik Kedah. Hakikat ini tidak boleh kita tolak. Mereka nak dakwa mereka menang dan kita pula yang kalah adalah sesuatu yang tak boleh diterima akal.

“Ketiganya kita kena pergi ke depan. Sistem negara kita adalah sistem di mana Raja Berpelembagaan. Kita ada Parlimen dan kita ada pilihan raya dan pengundi telah diberikan hak serta tanggungjawab dan siapa yang dipilih kena buat kerja untuk terus bangunkan negara menyatupadukan rakyat untuk terus bina semangat nasionalisme di kalangan rakyat untuk maju dengan lebih baik,” ujarnya.

Beliau seterusnya menambah dalam situasi hari ini ianya menuntut kepada konsep redha.

“Saya rasa orang yang berilmu dan ada pemikiran mereka akan nampak bahawa apa yang berlaku di depan mata kita ini adalah yang ditetapkan dan saya percaya selepas kita berusaha dan bertawakkal, sekarang ini dalam tempoh untuk kita redha.

“Konsep redha ini yang tidak ada dikalangan sesetengah pemimpin pembangkang. Mereka lupa sebagai orang Islam umpamanya sebagai contoh kita kena tahu keputusan ini ada sebab dan kita kena redha.

“Apa yang Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sebut itu pada saya mudahnya konsep redha. Mereka tidak boleh terima hakikat dan tidak ada konsep redha. kita kena redha. Kita dah usaha, mereka pun usaha dan mereka tawakkal kita pun tawakkal . Dia doa kita pun doa akhirnya keluar keputusan ini kita kena terimalah. Itu maknanya. Maksud itu redha dengan apa yang berlaku. Kata sayang negara…jadi jagalah negara,” katanya

Cabaran Besar Bentuk Persepsi Positif Golongan Muda Terhadap Kerajaan – Khairy

Posted in Uncategorized on May 16, 2013 by pemudakuantan
YB Khairy Jamaluddin (KPUM / Menteri Belia dan Sukan)

YB Khairy Jamaluddin                                         (KPUM / Menteri Belia dan Sukan)

 

KUALA LUMPUR, 16 Mei –  Khairy Jamaluddin menyifatkan jawatan Menteri Belia dan Sukan yang disandangnya sebagai amanah yang mempunyai cabaran besar dalam mendekati golongan muda dan membentuk persepsi positif mereka terhadap kerajaan.

“Ini satu amanah cukup besar dan kali ini portfolio ini saya lihat amat berat sekali terutama untuk mendekati generasi muda dan membentuk persepsi yang lebih positif terhadap kerajaan serta membawa suara generasi muda ke dalam kerajaan,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara di sini pagi Khamis.

Mengenai pembaharuan yang mahu dibuat dalam kementeriannya, Khairy Jamaluddin berkata ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.

Bagaimanapun berdasarkan tugasnya yang dibahagikan kepada hal ehwal belia dan sukan, beliau berkata beliau akan memfokus kepada usaha membentuk generasi muda yang cintakan negara dan mencuba sebaik mungkin untuk mengangkat martabat sukan bola sepak negara ke peringkat dunia.

“Pada Rabu dalam media sosial, semua meminta pasukan Harimau Malaya supaya layak ke Piala Dunia. Saya tidak tahu nak buat macam mana dalam tempoh masa yang singkat. Walaupun harapan mereka tinggi, saya anggap ini satu cabaran untuk saya menggalas tugas dan harapan ini,” katanya.

Beliu berkata beliau akan membawa pendekatan tersendiri mengikut perspektif dirinya sendiri sebagai golongan muda bagi melaksanakan perubahan terhadap program Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Saya tidak tahu dari segi perbezaan untuk masa sekarang tetapi mungkin saya datang daripada generasi yang berbeza daripada menteri-menteri sebelum ini. Mungkin perspektif saya berbeza sikit, jadi saya melihat melalui perspektif ini yang lebih muda mungkin saya dapat bawa sedikit perubahan kepada program-program dalam KBS,” katanya.

Khairy Jamaluddin juga mengharapkan Kabinet yang diistilah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet transformasi mampu benar-benar memahami kehendak generasi muda.

“Saya harap saya dapat menjadi jurucakap bagi generasi muda dalam jemaah menteri yang telah dibentuk ini,” katanya.

10 PERANCANGAN JAHAT MANUSIA BERNAMA ANWAR IBRAHIM DIDEDAHKAN.

Posted in Uncategorized on March 15, 2013 by pemudakuantan

Pakatan mahukan Malaysia sebagai republik!!

Posted in Uncategorized on March 15, 2013 by pemudakuantan
Tolak ketuanan Melayu bermakna tolak Raja-raja Melayu.

Tolak ketuanan Melayu bermakna tolak Raja-raja Melayu.

Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim mahu hapuskan sistem raja berpelembagaan di Malaysia. Anwar mahu jadi presiden Republik Malaysia….TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM!!!

JOM PAKAT UNDI BN…TOLAK PR!!!

Posted in Uncategorized on February 21, 2013 by pemudakuantan

10976_493983180647603_1778018066_n

Pakatan Rakyat khianati rakyat Selangor.

Posted in Uncategorized on February 20, 2013 by pemudakuantan

Pakatan Rakyat yang kononnya telus akhirnya terbongkar rahsia penyelewengan dana kerajaan Selangor yang sepatutnya untuk rakyat tetapi disalah guna untuk kepentingan parti.

Bloggers dan cybertroopers dibayar untuk menyebarkan fitnah dan dakyah untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat, Pakatan Penipu.

Cybertroopers Pakatan dibayar mengunakan wang kerajaan negeri Selangor. Wang rakyat diselewengkan.

Cybertroopers Pakatan dibayar mengunakan wang kerajaan negeri Selangor. Wang rakyat diselewengkan.

Makin ramai meminggirkan PAS, ahli dan pemimpin makin ramai keluar PAS.

Posted in Uncategorized on February 16, 2013 by pemudakuantan
image

Kesatuan ummah lebih penting bagi mereka dari mengejar Putrajaya dan mengadaikan maruah ISLAM.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 10,376 other followers